AMPANG: Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang wanita berusia 40 tahun telah menerima pesanan melalui WhatsApp daripada suaminya yang mengatakan telah diserang oleh suspek pada jam 4.15 petang.
"Mangsa berusia 43 tahun diserang ketika berada di rumah lamanya untuk mengambil surat, lelaki itu cedera di pergelangan tangan dan dua kesan tetakan di belakang badan, dia kini sedang dirawat di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Azam berkata, pihaknya telah memberkas suspek yang juga seorang pengutip sampah berusia 28 tahun di dalam sebuah kereta pada jam 12.30 tengah malam di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, pada Rabu.
"Kita turut merampas sehelai baju berwarna putih dan sebilah parang berhulu hitam yang dipercayai digunakan semasa kejadian," katanya.
Beliau berkata, punca kejadian adalah dipercayai akibat dendam lama iaitu suspek mendakwa mangsa dan beberapa rakannya telah memukulnya.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau kesalahan jenayah dan ujian awal saringan air kencing adalah positif dadah jenis amphethamine, methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC).
"Suspek telah direman tujuh hari bermula Rabu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023
Punca kejadian dipercayai akibat dendam lama iaitu suspek mendakwa mangsa dan beberapa rakannya telah memukulnya. - Gambar hiasan
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
Dua beranak cedera ditetak
Seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya cedera parah akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Permatang Badak di sini pada Khamis.
Pemandu lori ditetak angkara dendam lama
Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Selasa.
Polis tahan wanita warga asing berhubung kes tetak lelaki di Ayer Tawar
Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.
Angkara dendam, lelaki ditetak di Johor
Angkara dendam, seorang lelaki cedera setelah ditetak dalam satu kejadian di Jalan Scientex Jaya, Taman Scientex, Senai, malam semalam.
Polis masih buru suspek kes tetak, gaduh di Bukit Mertajam
Polis Pulau Pinang masih memburu suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh seorang lelaki dalam pergaduhan di kawasan medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam.
Polis tahan 3 individu bantu siasatan kes serangan Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang
Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan usia 45 hingga 51 itu ditahan di sekitar Perai Ahad lepas.
Lelaki parah ditetak abang kandung
Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Rosli Mat, 37, turut patah tangan kanan manakala abangnya Mohamed Rashid Mat, 48, cedera di tangan kiri.